Koleksi Tudung FAZURA Pink Label pada kali ini dinamakan Raudhah yang bermaksud Taman. Sememangnya secara semulajadi, keindahan taman-taman diserikan dengan kehadiran pelbagai hidupan terutama tumbuh-tumbuhan segar terutamanya bunga-bungaan yang cantik.
Koleksi Raudhah memaparkan Tudung FAZURA dalam pelbagai warna menarik dihiasi dengan corak bunga-bungaan halus yang menarik perhatian dan menawan hati.
Buat julung kalinya juga, koleksi istimewa ini menampilkan Tudung FAZURA dalam dua saiz, sesuai untuk ibu dan anak, agar cantik bersama dan menzahirkan rasa kasih-sayang antara keduanya. Bagi meraikan perasaan cinta dan hubungan istimewa ibu dan anak yang keduanya bakal mendiami taman indah kelak , setiap tudung dalam koleksi ini dinamakan mengikut nama-nama syurga, pintu syurga dan sungai di syurga.
Semoga koleksi ini membawa rasa bahagia kepada semua peminat Tudung FAZURA.